Thursday, July 9, 2015

First Post 2015

Assalamualaikum semua.

Tempoh yang sangat lama aku ambil nak update blog ni semula. Last post aku tahun 2013. Sangat lama kan tak update blog. And today aku decide nak try aktif balik aktiviti blogging ni. For sure, banyak perkara yang dah berubah sepanjang setahun lebih aku tinggal blog ni kan.

26 November 2014: The day, I'm offically graduated. The last day of me as UiTM student (Kalau tak sambung Master or ACCA la.). The day as a Degree Holder. Finally, Nurul Adila binti Azzahar, Bachelor of Accountancy (Hons). 4 years struggle untuk degree. Yeah, bukan sesuatu yang mudah. 4 years yang cukup nak mengajar aku erti pengorbanan nak kejar segulung ijazah. Still remember macam mana study bagai nak rak masa final exam. Masa tu Allah je yang tahu macam mana rasa. Stress dengan exam, stress dengan test, stress dengan final exam. Tapi sekarang bila dah habis belajar, demi Allah aku rindukan suasana tu. But now semua tu dah jadi kenangan dah buat aku. Kenangan manis mungkin. Hahaha. Untuk umi and abah, aku dah selesaikan satu tugas. But of course, tanggungjawab sebagai seorang anak memang selamanya takkan habis kan. Tapi at least, satu benda aku dah laksanakan. Still remember, conversation with my father. Orang yang memang nak sangat tengok aku atas pentas tu.


Abah : Abah tak sey bendo len. Abah nak tengok anak-anak abah berjaya jah. 

Me: Insya Allah, abah. Tak lamo lagi doh. (Serta merta sebak tiba-tiba and terfikir boleh ke grad tahun ni?)


But Allah tu Maha Adil, dengan segala penat lelah aku. Usaha yang tak henti-henti. Doa yang tak pernah putus. Alhamdulillah, on time! That day sampai. Syukur Alhamdulillah! And masa grad, i see my parents are very excited. Macam diorang plak nak grad. Sumpah! Rasa puas hati sangat. The feeling tu susah nak describe.

P/s: Muka Abah memang macam tu kalau ambik gambar.

Rasa nak pakai jubah ni lagi!

Next, habis dah belajar. What's next plan? Hahaha. Takkan nak buat pekasam je degree tu. Opps! 
01/01/2015: Got my job! Hahaha. Even bukan first job, tapi ini lah memang kerja yang aku betul-betul nak. Auditor. Before tu, ada kerja. Cuma kerja yang memang aku tak akan stay lama. Biasa lah first year grad, seeking for experience. Lebih kepada nak experience dari nak kejar gaji tinggi. Gaji tinggi tu nak tapi untuk first year grad macam susah sikit. So, apa yang dapat kita go on je dulu. Tu apa yang aku fikir lah tapi tak tahu la plak orang lain macam mana. Lain orang lain cara pemikirannya kan. Lagi pun sekarang commitment pun tak besar sangat pun. So, okay je lah kerja ni even gaji ciput. Tambah pulak kerja dekat Kelantan. So, faham-faham sendirilah. Tapi bukan tu cerita sebenarnya yang aku nak share. Yang aku nak share adalah life kerja aku sekarang. Bila orang cakap auditor. Mesti bayangkan orangnye skema, sombong, tak bergaul dengan orang sangat. Oh, God! You're so wrong! Salah sama sekali. Bagi aku tak ada istilah tue semua. Cuma profesionalism kena jaga la bila kerja. (Menatang apa profesionalism ni. Hahaha). Maksud dengan bahasa mudahnya, tahu bezakan hal kerja dengan hal selain kerja. Siapa cakap auditor ni skema. Kalau siapa yang kenal aku memang takkan cakap la aku ni auditor yang skema. Sebab aku pun bukan jenis yang suka ikut rules. Hahahaha. Tapi tu lah kan, kerja dalam bidang ni memang tak lari dengan procedure. Nak buat tu kena ikut procedure, nak buat ni kena ikut procedure. Pape jelah. Tapi tak kisah lah sebab tu part of kerja. Dah habis bab kerja, tak de nak ikut procedure dah. Hahahaha. Memang tak dinafikan kerja ni stress. Mana ada kerja yang tak stress. Tak buat pape pun stress tau. So, stress tu normal lah kan. Kadang-kadang ada je rasa nak back tu student life balik. Tapi bila fikir balik. Sampai bila kan. So, just go with the flow je lah kan. Redah je. Life must go on. Ye dok? Hahahaha. So, enjoy your life. And dalam masa yang sama, sibuk kejar hal dunia, apa kata kejar akhirat sama. Masuk dalam alam pekerjaan ni, memang tak dinafikan sedikit sebanyak closer, closer and closer me to Allah. Alhamdulillah. Aku punya bos pun selalu pesan. Kerja biar ikhlas. Solat jangan tinggal. Baru apa yang kita buat tu dapat berkat. Kalau kita rasa stress je manjang, cuba check balik. Hubungan dengan Allah macam mana? Hubungan kita dengan officemate macam mana? Hubungan kita dengan mak ayah macam mana? Try muhasabah diri. Better daripada nak cari salah orang lain. 

Sssshhh... Auditor nak buat kerja. Ini Semua poyo!!


Okay guys, rasanya sampai situ dulu kot. Penat dah menaip ni. Time free ni boleh nak blogging bagai. Bila dah busy, laptop pun tak bukak. Hehehehe. See you! Assalamualaikum.



 

Blog Template by YummyLolly.com