hye guys...
entry kali nie..terasa diri ini nk kongsi pasal MAHAR... Mahar nie mas kahwin yang mana ianya sgt penting bg orang perempuan...dulu mase skolh aq pernah belajar pasal mahar nie...tpi blum mengerti sepenuhnya...hahahaha...al maklum la time tue bljr hnya untuk lulus exam je... skrg bile dh besr mcm nie..hehehe...xlme lagi dh nk berumahtanggeee..gedikkksss dieyla..!!! hehehe... then terasa plak nk tahu lebih pasal mahar nie...hurrrmmm..by da way nie..mase aq duk search internet tue..nie la yang aq jumpe..hopefully dpt share yang korang..kite same2 bljr n tambah ilmu pengetahuan..bkn ke ilmu pengetahuan nie untuk dikongsi...heheehe...
DEFINISI MAHAR
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ."
( Riwayat Bukhari ).
NILAI MAHAR YANG TERBAIK
” Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )
Tepat sekali jika kamu berfikiran bahawa wanita yang yang paling baik adalah wanita yang maharnya paling murah.
Pesanan untuk kaum Hawa,
Seharusnya kamu sedar ketika kamu meminta mahar mahal sedangkan lelaki yang melamar kamu tidak memiliki sesuatu yang kau pinta. Maka kau telah kehilangan keberkatan perkahwinan itu, kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik bagimu iaitu sebuah pernikahan.
Seharusnya kamu mempermudahkan maharmu, mempermudahkan jalan lelaki yang hendak melamarmu. Kerana ini sunnah Rasulullah Alaihi Wasallam. Sebenarnya seorang wanita sangat memerlukan pendamping, apabila kamu tolak gara-gara wang hantaran padahal dia seorang lelaki muslim yang soleh, maka rugilah kamu.
Pesanan untuk kaum Adam
Mudahnya seorang wanita dengan maharnya, jangan kamu meremehkan harga mahar tersebut dengan memberikan mahar ala kadar. Lantas, kemanakan kemuliaan wanita yang akan mendampingi dirimu?
Kamu telah memiliki harta yang melimpah, kau telah kukuh dengan keadaanmu. Namun, kamu lalai kerana wanita yang hendak kau nikahi tak menuntut mahar tinggi terhadapmu.
Seharusnya kamu sedar bahawa mahar adalah bentuk penghargaan yang memuliakan wanita. Betapa Rasulullah sangat memuliakan wanita, begitu pula dengan mahar-mahar yang tinggi pada isteri-isteri baginda.
Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Nabi SAW, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?Aku berkata, “Tidak?Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isterinya.- (HR. Muslim)
Kecuali bila kamu memang tidak memiliki apa-apa pun, seperti apa yang dikatakan Rasulullah kepada seorang pemuda ketika dia hendak berkahwin meskipun tidak memiliki apa-apapun. Maka Rasulullah menyuruhnya untuk mencari cincin walaupun dari besi.
Sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita. Mengapa oleh kerana wanita tidak meminta mahar yang lebih, maka kamu enggan memuliakannya?
Sahabat, sesungguhnya wanita sangat memerlukan pendamping, sehingga tiada pun kebaikan dalam tingginya wang hantaran sehingga kamu tidak dapat berkahwin oleh kerana kamu menyukarkan dirimu dengan nilai hantaran.Lelaki juga sangat memerlukan wanita sebagai pemelihara dirinya, rumah tangganya, juga anak-anaknya kelak, sehingga kamu sepatutnya memuliakannya dengan mahar tertinggi yang kamu mampu!
alhamdulillah...dpt jugk sket info..even xbnyk..sket pun xpe...ok guys..that's all entry tuk kali nie..insya allah..nt aq update lg k...assalamualaikum...

0 comments:
Post a Comment